Loading...

Azizon lalui kaunseling khas lepas 5 gol

Loading...
Azizon lalui kaunseling khas lepas 5 gol - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Azizon lalui kaunseling khas lepas 5 gol, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Azizon lalui kaunseling khas lepas 5 gol
link : Azizon lalui kaunseling khas lepas 5 gol

Baca juga


Azizon lalui kaunseling khas lepas 5 gol



ARKIB : 12/07/2007

PETALING JAYA – Penjaga gol negara, Azizon Kadir menerima sesi kaunseling khas dengan jurulatih penjaga gol, Lim Chuan Chin gara-gara dibolosi lima gol ketika menentang China dalam perlawanan Kumpulan C pusingan akhir bola sepak Piala Asia, kelmarin.

Azizon yang mengakui semangatnya agak menurun dan amat kecewa akibat kekalahan di Stadium Nasional, Bukit Jalil itu, berkata, dia dinasihatkan supaya lebih peka dengan gerak-geri rakan di barisan benteng selain perlu tangkas memintas umpanan di udara.

“Kali ini jurulatih mahukan saya bergerak satu dua langkah ke depan sekiranya umpanan lintang yang membawa gol mudah China itu, dihasilkan pasukan lawan,” kata penjaga gol setinggi 1.84 meter dan berusia 27 tahun ini pada sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Azizon dibolosi dua jaringan Han Peng, Wang Dong dan Shao Jiayi masing-masing pada minit ke-15, 55, 36, 51, 90 manakala Malaysia meraih gol sagu hati menerusi rembatan deras Indra Putra Mahayuddin yang memanfaatkan tolakan Hairuddin Omar pada minit ke-72.

Menurutnya, keghairahan menyerang untuk memburu gol awal juga mengakibatkan barisan belakang Malaysia tidak mendapat bantuan secukupnya untuk menandingi asakan China yang banyak memanfaatkan hantaran tinggi dan saiz besar pemainnya.

“Gandingan saya dengan barisan pertahanan sudah mantap tetapi selepas dua gol dilepaskan, kubu kita semakin terdedah apatah lagi kita begitu leka untuk menyerang,” katanya yang kali pertama dibolosi sehingga lima gol yang terbesar dalam karier antarabangsanya.

Azizon menganggap skuad negara terlalu menghormati China malah bermain seperti berada di tempat lawan sedangkan masih ada kira-kira 30,000 penyokong yang tidak henti-henti menemani perjuangan Malaysia yang tidak diberikan harapan untuk menang.

Dia bagaimanapun enggan mengulas sama ada barisan benteng Malaysia perlu dianggotai lima pemain berbanding empat kelmarin apabila menentang Uzbekistan dalam perlawanan kedua, Sabtu ini kerana ia terserah sepenuhnya kepada percaturan jurulatih, Norizan Bakar.

Sementara itu, sesi latihan semalam menyaksikan tiga pemain - Fauzie Nan, Eddy Helmi Manan dan Nor Farhan Muhammad terpaksa dikecualikan kerana diserang demam manakala Aidil Zafuan Radzak perlu menziarahi bapanya yang sakit.

Kata Norizan, “walau apa pun yang berlaku (dengan China), perjuangan perlu diteruskan dan kami perlu ‘mengangkat kepala’ (dengan Uzbekistan dan Iran pula). Pemain menyedari tiada siapa yang boleh membantu lagi kecuali mereka sendiri.

“Saya tidak fikir satu idea yang baik untuk menukar formasi kepada lebih bertahan kerana kami masih mempunyai pelan sebagai sebuah pasukan yang menyerang. Seperti dengan China, ada ketikanya kami menyerang dan mencipta peluang,” katanya.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ift.tt/2xX95SV
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Azizon lalui kaunseling khas lepas 5 gol

Itulah artikel Azizon lalui kaunseling khas lepas 5 gol Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Azizon lalui kaunseling khas lepas 5 gol dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/10/azizon-lalui-kaunseling-khas-lepas-5-gol.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Azizon lalui kaunseling khas lepas 5 gol"

Catat Ulasan

Loading...