Loading...

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

Loading...
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
link : Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

Baca juga


Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul



ARKIB : 12/07/2007

ANGKA kekalahan 5-1 memang memedihkan tetapi itulah hakikat yang perlu diterima oleh para peminat bola sepak negara.

Yang pasti, ia menjadi indeks dimana kedudukan kita. Sebenarnya, Piala Asia belum boleh menjadi pentas untuk kita bersaing.

Sebab itulah dalam kejohanan-kejohanan besar seperti Piala Asia, Piala Eropah dan Piala Dunia ada saringan tertentu yang perlu dilalui oleh setiap pasukan sebelum dapat beraksi pada pusingan akhir.

Malaysia pula layak beraksi dalam Piala Asia kali ini menerusi ‘tiket' selaku tuan rumah bersama dan bukannya secara merit.

Sebelum melangkah masuk ke pintu Stadium Nasional yang tersergam indah di Bukit Jalil kelmarin memang sudah terbayang akan kekalahan pasukan negara.

Cuma sukar meramal berapa gol yang akan menembusi pintu gol Malaysia.

Bagi yang bijak, angka 5-1 itu memang realistik kerana kita menentang China dalam saingan bola sepak Piala Asia dan bukannya badminton Piala Thomas.

Jadi, perlukah kita melompat atau marah apabila Malaysia kalah teruk. Patutkah kita meramal Malaysia akan ‘mengejutkan' China sebelum perlawanan .

Marah hanya akan memburukkan lagi keadaan ketika para pemain kita belum habis bersaing. Bagi pemain mereka tentunya menanggung azab yang lebih berat ketika ini.

Kata orang, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Menentang dua lagi pasukan yang sama hebat seperti China _ Uzbekistan dan Iran sebelum menamatkan saingan, patutkah mereka dihukum dengan kata-kata penghinaan.

Kita berada dalam kancah yang berbeza. Kalaulah kekalahan itu kepada pasukan seperti Indonesia atau Vietnam dalam saingan Sukan SEA, tentunya kita marah.

Ini bukan pasukan Malaysia di tahun 1970an atau 1980an untuk kita sandarkan harapan yang tinggi apatah lagi menentang China yang ketika ini menduduki ranking ke-76 dunia berbanding Malaysia, ditangga ke-146 dunia.

Silapnya kita hanyalah dari segi persiapan. Kita sudah tahu bahawa Piala Asia satu tahap pertandingan yang tinggi dan menuntut persiapan rapi. Jadi, jangan salahkan pemain.

Kita perlu bersiap bukan hanya kerana menjadi tuan rumah bahkan bertanding.

Indonesia, Vietnam dan Thailand nampaknya lebih bersedia dan bernasib baik.

Selaku tuan rumah, mereka lebih berjaya berbanding Malaysia ketika ini dengan Vietnam menewaskan UAE 2-0, Indonesia kalahkan Bahrain 2-1 dan Thailand mengikat Iraq 1-1.

Mungkin Vietnam, Indonesia atau Thailand juga tumbang jika mereka berdepan dengan China ketika ini.

Tidak perlulah kita kusutkan keadaan. Bagi penyokong yang datang ke Stadium Nasional, kelmarin tahniah kerana menunaikan `tanggungjawab' menyokong pasukan negara.

Sorakan anda masih diperlukan. Jangan biarkan anak watan kita menyerah. Teruskan menyokong, walaupun kita tidak mungkin bergelar juara !

Tekong - Kasihan Azizon Kadir !

SUMBER-Artikel Penuh: http://ift.tt/2g790T0
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

Itulah artikel Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/10/berat-mata-memandang-berat-lagi-bahu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul"

Catat Ulasan

Loading...