Loading...

Empat individu hilang: Suhakam panggil Khalid Abu Bakar esok

Loading...
Empat individu hilang: Suhakam panggil Khalid Abu Bakar esok - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Empat individu hilang: Suhakam panggil Khalid Abu Bakar esok, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Empat individu hilang: Suhakam panggil Khalid Abu Bakar esok
link : Empat individu hilang: Suhakam panggil Khalid Abu Bakar esok

Baca juga


Empat individu hilang: Suhakam panggil Khalid Abu Bakar esok

ANTARAPOS

Post Pic
 
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar dipanggil oleh panel siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung kehilangan Pastor Raymond Koh dan tiga aktivis lain esok.
 
Pesuruhjaya Suhakam, Mah Weng Kwai, berkata Khalid sudah dimaklumkan mengenai surat itu minggu lalu.
 
"Kami telah menghantar surat itu, dan diberitahu dia menerimanya. Kami juga memanggil seorang pegawai daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
 
"Sama ada mereka datang atau tidak, kita tidak tahu. Kesemua saksi adalah penting dan kami hanya tertarik untuk mengetahui kebenaran," katanya dipetik The Malaysian Insight.
 
Lebih 15 individu sudah dipanggil dan suruhanjaya menemubual 35 orang, termasuk ahli keluarga empat yang hilang, polis dan pihak tertentu.
 
Suhakam sudah memanggil beberapa saksi mengikut peruntukan di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597), yang memberi kuasa kepadanya untuk menyoal saksi-saksi dalam kes yang disyaki melanggar hak asasi manusia.
 
Suruhanjaya juga boleh bertindak terhadap mereka yang gagal hadir selepas dipanggil di bawah Seksyen 174 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga sebulan dan denda tidak melebihi RM1,000, atau kedua-duanya.
 
Suhakam akan mengadakan siasatan awam mengenai kehilangan Koh, dan aktivis sosial Amri Che Mat, Pastor Joshua Hilmi dan isteri, Ruth, bermula esok.
 
Koh, 62, hilang selepas diculik oleh sekumpulan lelaki pada 13 Februari manakala Amri, 44, dilaporkan hilang sejak tahun lepas.
 
Joshua dan isterinya kali terakhir dilihat oleh rakan-rakan pada November tahun lepas sebelum hilang tanpa sebarang kesan.
 
Siasatan itu akan dipengerusikan oleh Mah bersama Pesuruhjaya Dr Aishah Bidin yang juga profesor undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia dan Pesuruhjaya Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleh, seorang profesor undang-undang di Universiti Sains Islam Malaysia.
 
Mah berkata siasatan awam adalah untuk mengetahui lebih banyak maklumat tentang apa yang berlaku kepada empat individu yang hilang.
 
"Kami telah mendengar pelbagai maklumat dalam media, apa yang dikatakan oleh keluarga dan apa yang dikatakan Khalid. Oleh itu, kami ingin memberi peluang kepada semua orang untuk datang dan memberitahu kami dengan tepat apa yang telah berlaku.
 
"Kami juga ingin bertanya sama ada siasatan polis mencukupi."
 
Beliau berkata Suhakam ingin menentukan sama ada ia adalah kes enforced disappearance, istilah menggambarkan penculikan yang mempunyai penglibatan pihak berkuasa.
 
"Sama ada ia melanggar undang-undang jenayah atau sivil dan hak asasi manusia. Ia mungkin tidak bersifat jenayah, tetapi disebabkan kecuaian.
 
"Sebagai contoh, bukti ada tetapi terlepas pandang atau tindakan tidak diambil dengan cepat. Justeru, kita perlu mengenal pasti orang atau agensi yang terlibat."
 
Mah berkata peguam mewakili keluarga Koh, Majlis Peguam dan polis akan berada dalam panel sebagai pemerhati.
 
"Jika mereka mahu bertanya, mereka perlu meminta kebenaran daripada panel. Kemudian kami akan membenarkan mereka bertanya soalan kepada saksi dan ia perlu relevan dengan isu ini. "
 
Beliau berkata dua penolong pegawai Suhakam akan menyoal saksi.
 
Mah berkata selepas siasatan itu, Suhakam akan menyediakan laporan dan mengemukakannya kepada pihak berkuasa.
 
"Laporan itu akan mengandungi penemuan siasatan dan cadangan. Ia juga akan menjadi sebahagian daripada rekod kami dan akan dikemukakan sebagai sebahagian daripada laporan tahunan kami ke Parlimen," katanya.
 
Siasatan itu dijangka berakhir pada 17 November.
 
 


Thus Article Empat individu hilang: Suhakam panggil Khalid Abu Bakar esok

Itulah artikel Empat individu hilang: Suhakam panggil Khalid Abu Bakar esok Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Empat individu hilang: Suhakam panggil Khalid Abu Bakar esok dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/10/empat-individu-hilang-suhakam-panggil.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Empat individu hilang: Suhakam panggil Khalid Abu Bakar esok"

Catat Ulasan

Loading...