Loading...

Sathia cari pasukan Liga M ganti Bostwana

Loading...
Sathia cari pasukan Liga M ganti Bostwana - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Sathia cari pasukan Liga M ganti Bostwana, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Sathia cari pasukan Liga M ganti Bostwana
link : Sathia cari pasukan Liga M ganti Bostwana

Baca juga


Sathia cari pasukan Liga M ganti Bostwana

ARKIB : 19/11/2007

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD

KUALA LUMPUR – Jurulatih skuad bola sepak Bawah 23 Tahun Malaysia, B. Sathianathan akan mencari sebuah pasukan liga tempatan sebagai pengganti skuad Olimpik Bostwana yang membatalkan perlawanan persahabatan, Rabu ini.

Katanya, lawan baru masih perlu dicari sekalipun bukan dari luar negara lagi kerana anak buahnya kini berada dalam fasa terakhir persediaan ke Sukan SEA Korat, bulan depan selain bertujuan menguji dan mendapatkan kesebelasan utama pasukan.

“Saya akan berbincang dengan penolong saya dan jurulatih pasukan Liga Super atau Perdana. Tanpa perlawanan persahabatan, sukar untuk menilai prestasi pasukan negara,” katanya yang baru kembali dari Hanoi, malam tadi.

Sathianathan kini cuma memiliki skuad Sukan SEA Indonesia untuk menguji anak buahnya di Stadium Petaling Jaya pada 26 November ini selepas Yemen turut membatalkan perlawanan persahabatan pada Rabu lalu.

Malaysia, pemenang pingat gangsa Sukan SEA Filipina 2005 diundi dalam Kumpulan B di Korat dengan naib juara, Vietnam, Singapura dan Laos manakala juara bertahan, Thailand, Indonesia, Myanmar dan Kemboja membentuk Kumpulan A.

Kelmarin, anak buah Sathianathan kalah 1-0 kepada skuad kebangsaan Maldives selain sempat mengikat skuad Bawah 23 Tahun Thailand 1-1 di Bangkok pada 11 November lalu hasil jaringan penyamaan Safee Sali.

Dia yang baru kembali dari Hanoi bagi meninjau aksi Vietnam menentang Jepun lebih dekat dalam Kelayakan Olimpik, tetap menyifatkan lawan Kumpulan B Sukan SEA itu sebagai berbahaya biarpun kalah teruk 4-0 di Stadium My Dinh, kelmarin.

“Keputusan itu tidak menggambarkan kemampuan Vietnam apatah lagi Jepun yang pernah kita tentang dalam pusingan kedua Kelayakan Olimpik tahun ini (kalah 2-1 di Petaling Jaya) memang sebuah pasukan yang lebih handal.

“Saya perhatikan Vietnam memiliki beberapa pemain handal dan berpengalaman beraklsi dalam Sukan SEA lalu dan Piala Asia, Julai lalu yang wajar diawasi apabila kita menentang mereka di Korat, 1 Disember ini.

“Mereka banyak menggunakan kepantasan. Cuma dengan Jepun dalam aksi Kumpulan C itu, mereka tidak mampu memberi tekanan kepada lawan mungkin kerana jurang taraf Asia Tenggara yang jauh berbeza,” katanya.

Sementara itu, Sathianathan mengesahkan bek tengah negara, Aidil Zafuan Radzak selesai menjalani penggantungan satu perlawanan dengan Maldives, kelmarin akibat kad merah ketika Kelayakan Piala Dunia menentang Bahrain pada 28 Oktober lalu.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ift.tt/2kWYRx6
© Utusan Melayu (M) Bhd



Thus Article Sathia cari pasukan Liga M ganti Bostwana

Itulah artikel Sathia cari pasukan Liga M ganti Bostwana Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Sathia cari pasukan Liga M ganti Bostwana dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/10/sathia-cari-pasukan-liga-m-ganti.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sathia cari pasukan Liga M ganti Bostwana"

Catat Ulasan

Loading...