Loading...

FAM Kena Denda RM127,000 Akibat Laungan "Anjing" Oleh Penyokong

Loading...
FAM Kena Denda RM127,000 Akibat Laungan "Anjing" Oleh Penyokong - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk FAM Kena Denda RM127,000 Akibat Laungan "Anjing" Oleh Penyokong, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : FAM Kena Denda RM127,000 Akibat Laungan "Anjing" Oleh Penyokong
link : FAM Kena Denda RM127,000 Akibat Laungan "Anjing" Oleh Penyokong

Baca juga


FAM Kena Denda RM127,000 Akibat Laungan "Anjing" Oleh Penyokong


GARA-GARA perkataan "anjing" yang dilaungkan oleh penyokong pasukan Malaysia kepada penyokong dari Singapura dan Brunei, semasa perlawanan bola sepak Sukan SEA 2017 tempoh hari, Persekutuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah dikenakan denda sebanyak USD30,000 (RM127,000) lapor sumber berita Singapura.

Jawatankuasa disiplin Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) dilapor telah mengenakan hukuman denda berjumlah USD15,000 (RM63,502) bagi setiap kesalahan yang telah dilakukan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan sebanyak dua kali semasa perlawanan Brunei menentang Malaysia pada 14 Ogos dan semasa Singapura berdepan dengan Malaysia dua hari kemudian menurut AFC.


Laman sesawang rasmi AFC mendedahkan antara laungan yang dinyanyikan penyokong Malaysia termasuk "kami datang ke Shah Alam, satu jiwa yang menyokong Malaysia, anjing Brunei patut dibunuh," ketika perlawanan Malaysia menentang Brunei.

Satu lagi laungan yang didedahkan oleh AFC ialah ketika Malaysia menentang Singapura — "kami turun ke Shah Alam, satu jiwa yang menyokong Malaysia, anjing Singapura patut dibunuh,".

FAM turut didenda bagi kesalahan ketiga, akibat tindakan penyokong membakar mercun pada minit ke-87 ketika aksi separuh akhir Malaysia berdepan Indonesia di Stadium sama, pada 26 Ogos 2017.

Bagi kesalahan itu, FAM diperintahkan untuk membayar denda sebanyak USD7,500 (RM31,717) akibat melanggar Artikel 65.1 yang dibaca bersama Artikel 64.1 Kod Tatatertib Etika AFC.

Seterusnya, FAM turut didenda atas tindakan penyokong yang membaling antara 50 hingga 60 botol minuman ke dalam padang ketika perlawanan peringkat kumpulan B antara Indonesia dan Kemboja.

FAM selaku penganjur telah didenda sebanyak USD5,000 (RM21,145) bagi kesalahan membawa kepada jumlah keseluruhan denda yang dikenakan kepada USD42,500 (179,732).

Sumber: milosuam.net


Thus Article FAM Kena Denda RM127,000 Akibat Laungan "Anjing" Oleh Penyokong

Itulah artikel FAM Kena Denda RM127,000 Akibat Laungan "Anjing" Oleh Penyokong Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel FAM Kena Denda RM127,000 Akibat Laungan "Anjing" Oleh Penyokong dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/10/fam-kena-denda-rm127000-akibat-laungan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "FAM Kena Denda RM127,000 Akibat Laungan "Anjing" Oleh Penyokong"

Catat Ulasan

Loading...