Loading...

Malaysia kempunan lagi -- Tewas 1-4 secara agregat kepada Bahrain

Loading...
Malaysia kempunan lagi -- Tewas 1-4 secara agregat kepada Bahrain - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Malaysia kempunan lagi -- Tewas 1-4 secara agregat kepada Bahrain, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Malaysia kempunan lagi -- Tewas 1-4 secara agregat kepada Bahrain
link : Malaysia kempunan lagi -- Tewas 1-4 secara agregat kepada Bahrain

Baca juga


Malaysia kempunan lagi -- Tewas 1-4 secara agregat kepada Bahrain



ARKIB : 29/10/2007
Oleh AMRAN MULUP
Pemain negara, Mohamad Aidil Zafuan Razak (kiri) diasak pemain Bahrain, Abas Ahmed Khames pada perlawanan kelayakan Piala Dunia di Stadium Shah Alam, semalam. - Gambar MOHD NOOR AMIN.

SHAH ALAM – Harapan Malaysia untuk mara ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia Zon Asia tidak menjadi kenyataan apabila hanya mampu seri 0-0 dengan Bahrain pada perlawanan kedua di Stadium Shah Alam, semalam.

Sebaliknya, Bahrain yang lega dengan keputusan seri itu melangkah dengan bergaya ke pusingan kedua berbekalkan agregat 4-1 hasil kemenangan pada perlawanan pertama di Stadium Nasional Manama Ahad lalu.

Misi mustahil cuba dilakukan oleh anak didik jurulatih B. Sathianthan untuk mencipta kejutan memburu tiga gol di stadium Shah Alam tidak menjadi kenyataan sebaliknya pujian harus diberikan kepada pemain muda negara yang berusaha bersungguh-sungguh cuba menyaingi kehebatan Bahrain.

Beraksi cemerlang pada lima minit babak pertama berlangsung hingga mencemaskan benteng Bahrain tetapi malapetaka menimpa skuad kebangsaan hanya 12 minit usia babak pertama berlangsung apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain.

Aksi tercemar apabila pengadil, Lee Gi Young tidak teragak-agak melayangkan kad merah kepada Mohamad Aidil Zafuan Abd. Razak dan Mahmood A. Rahman Mohamed.

Insiden terjadi ketika terjahan Mohamad Aidil cuba mengeluarkan bola terkena Mahmood A. Rahman hingga berlaku insiden sepak menyepak dan memaksa pengadil dari Korea Selatan itu memerintahkan kedua-dua pemain keluar padang.

Selepas insiden tersebut giliran pengurus pasukan, Datuk Soh Chin Aun pula dilayangkan kad merah dan diarahkan keluar dari tempat duduk bangku simpanan Malaysia oleh Gi Young selepas membantah keputusan pengadil pada minit ke-17.

Beberapa keputusan pengadil dari Korea Selatan sering menjadi cemuhan peminat dan pegawai Malaysia di bangku simpanan pada ketika setiap aksi Bahrain cuba melewat-lewatkan masa perlawanan.

Usaha skuad kebangsaan untuk memburu tiga gol awal yang disasarkan tampak menyukarkan beraksi apabila beraksi dengan 10 pemain.

Tidak banyak gerakan menarik mampu dilakukan oleh barisan pemain negara terutama percubaan menerusi Mohd. Safee Sali dan Mohamad Zaquan Adha Abd. Razak.

Pada babak kedua untuk memantapkan jentera serangan, Mohd. Khyril Muhymeen Zambri di bawa masuk menggantikan Mohd. Amirulhadi Zainal.

Dua minit babak kedua berlangsung Mohd. Khyril Muhymeen mencemaskan benteng pertahanan Bahrain apabila rembatannya dari luar kotak penalti ditepis keluar oleh penjaga gol, Sayed Mohamed Abbas.

Pada minit ke-57, Bahrain mempunyai peluang untuk mencipta jaringan namun Alla Ahmed Hubail menyepak melewati palang gol Malaysia.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ift.tt/2hJWBV5
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Malaysia kempunan lagi -- Tewas 1-4 secara agregat kepada Bahrain

Itulah artikel Malaysia kempunan lagi -- Tewas 1-4 secara agregat kepada Bahrain Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Malaysia kempunan lagi -- Tewas 1-4 secara agregat kepada Bahrain dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/10/malaysia-kempunan-lagi-tewas-1-4-secara.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Malaysia kempunan lagi -- Tewas 1-4 secara agregat kepada Bahrain"

Catat Ulasan

Loading...