Loading...

Nurul Farhana Tak Mahu Kembali Kepada Suami Walaupun Dia Mencari Kami Disini..

Loading...
Nurul Farhana Tak Mahu Kembali Kepada Suami Walaupun Dia Mencari Kami Disini.. - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Nurul Farhana Tak Mahu Kembali Kepada Suami Walaupun Dia Mencari Kami Disini.., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Nurul Farhana Tak Mahu Kembali Kepada Suami Walaupun Dia Mencari Kami Disini..
link : Nurul Farhana Tak Mahu Kembali Kepada Suami Walaupun Dia Mencari Kami Disini..

Baca juga


Nurul Farhana Tak Mahu Kembali Kepada Suami Walaupun Dia Mencari Kami Disini..


SABAK BERNAM: "Saya tak nak kembali kepada suami walaupun dia mencari kami di sini. Saya nak terus lupakannya ," luah Nurul Farhana Ahmad, 25, yang selamat pulang ke rumahnya di Parit 7, Pasir Panjang, Sekinchan.

Nurul Farhana berkata, dia kecewa ditinggalkan suami tanpa sebarang khabar berita sejak tujuh bulan lalu.

"Saya pun tak tahu sama ada dia masih hidup atau pun dah mati," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya.

Wanita itu berkata, dia ingin melupakan kisah sedih yang dilaluinya itu dan ingin memulakan kehidupan baharu.

Malah, katanya, keutamannya kini ialah ingin memohon taraf kewarganegaraan anaknya, Askara Alfateh Ali, 15 bulan, yang dilahirkan di Indonesia.


"Esok (Sabtu) saya nak uruskan pendaftaran kelahiran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sungai Besar," katanya.

Selain itu, katanya, dia juga sedang berusaha untuk mencari peluang pekerjaan di kawasan berhampiran.

"Buat masa sekarang, saya nak tenangkan diri dulu dan bila semuanya dah kembali pulih, saya nak mula bekerja," katanya.

Nurul Farhana berkata, dia terlalu gembira sebaik dapat melangkah masuk ke rumah ibunya.

"Hari ini, saya sungguh teruja dan nak masak sup kaki ayam istimewa buat mak," katanya.

Sebelum ini, Nurul Farhana, menghilangkan diri selepas keluar bekerja di kilang memproses sotong kering di Sekinchan.

Dia dikatakan lari mengikut kekasihnya warga Indonesia.

Wanita itu bersama Askara tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Kedua (KLIA2) dari Medan, petang Jumaat.

Kepulangannya ditemani Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi yang berjaya menjejaki Nurul Farhana, selain menguruskan proses dokumentasi untuk membawanya pulang.

Kisahnya mendapat perhatian Budiman apabila ibunya memohon bantuan untuk membawa pulang anaknya selepas menerima panggilan telefon dari Nurul Farhana yang mengadu hidupnya sangat susah di Indonesia dan ingin pulang ke Malaysia. - Sinar Harian


Thus Article Nurul Farhana Tak Mahu Kembali Kepada Suami Walaupun Dia Mencari Kami Disini..

Itulah artikel Nurul Farhana Tak Mahu Kembali Kepada Suami Walaupun Dia Mencari Kami Disini.. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Nurul Farhana Tak Mahu Kembali Kepada Suami Walaupun Dia Mencari Kami Disini.. dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/10/nurul-farhana-tak-mahu-kembali-kepada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Nurul Farhana Tak Mahu Kembali Kepada Suami Walaupun Dia Mencari Kami Disini.."

Catat Ulasan

Loading...