Loading...
Tajuk : Curi Permainan Dan Pakaian Bayi Bernilai RM250, Ibu Dipenjara, Denda RM1,300
link : Curi Permainan Dan Pakaian Bayi Bernilai RM250, Ibu Dipenjara, Denda RM1,300
Curi Permainan Dan Pakaian Bayi Bernilai RM250, Ibu Dipenjara, Denda RM1,300
Seorang ibu dua anak dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM1,300 oleh Mahkamah Majistret selepas didapati bersalah kerana mencuri permainan dan pakaian bayi bulan lepas, lapor Bernama.
Majistret Salamiah Salleh menjatuhkan hukuman itu selepas Bok Jen Nee, 37, mengaku bersalah di atas pertuduhan mencuri beberapa permainan dan pakaian bayi bernilai RM250.95 dari sebuah pasar raya di Petaling Jaya, pada jam 8.15 malam pada 18 November lalu.
Tertuduh yang bekerja sebagai jurujual barangan elektrik itu dipenjara bermula pada hari ini dan akan dipenjara 45 hari lagi sekiranya gagal membayar denda RM1,300.
Bok didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.
Peguam tertuduh, Muhammad Syazwan Hasan, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dan denda yang minimum atas alasan tertuduh benar-benar insaf dan masih lagi menyusu bayinya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Mary Phoon Keat Mee memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran ke atas tertuduh.
Sumber: The Reporter
Thus Article Curi Permainan Dan Pakaian Bayi Bernilai RM250, Ibu Dipenjara, Denda RM1,300
Itulah artikel Curi Permainan Dan Pakaian Bayi Bernilai RM250, Ibu Dipenjara, Denda RM1,300 Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Curi Permainan Dan Pakaian Bayi Bernilai RM250, Ibu Dipenjara, Denda RM1,300 dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/12/curi-permainan-dan-pakaian-bayi.html
0 Response to "Curi Permainan Dan Pakaian Bayi Bernilai RM250, Ibu Dipenjara, Denda RM1,300"
Catat Ulasan