Loading...

Nafi Salur Dana Kepada Jewish United Fund, McDonald's Malaysia Tampil Buat Laporan Polis.

Loading...
Nafi Salur Dana Kepada Jewish United Fund, McDonald's Malaysia Tampil Buat Laporan Polis. - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Nafi Salur Dana Kepada Jewish United Fund, McDonald's Malaysia Tampil Buat Laporan Polis., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Nafi Salur Dana Kepada Jewish United Fund, McDonald's Malaysia Tampil Buat Laporan Polis.
link : Nafi Salur Dana Kepada Jewish United Fund, McDonald's Malaysia Tampil Buat Laporan Polis.

Baca juga


Nafi Salur Dana Kepada Jewish United Fund, McDonald's Malaysia Tampil Buat Laporan Polis.


14 Dis - Pengendali rangkaian restorran McDonald's di Malaysia, Gerbang Alaf Sdn Bhd, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini berhunumg isu dakwaan individu dan kumpulan yang melakukan dakwaan palsu terhadap McDonald's Malaysia.

Pengarah Urusan dan Rakan Niaga Tempatan McDonald, Azmir Jaafar, berkata, laporan dibuat pada rabu itu turut melibatkan pihak yang menyebarkan maklumat tidak berasas mengenai McDonald's Malaysia melalui platform media sosial dan saluran lain.




“Berdasarkan nasihat undang-undang, kami juga telah membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunkasi dan Multimedia Malaysia mengenai isu ini,” katanya semasa sidang media mengenai isu boikot McDonald's Malaysia di sini, Khamis.


Katanya, antara tohmahan yang dikaitkan adalah berkaitan sumbangan McDonald's Amerika Syarikat (AS) kepada Jewish United Fund (JUF) melalui program Pemberian Sepadan (Matching Gift).


Azmir menafikan perkara itu berkata, di AS, sudah menjadi kelaziman untuk syarikat menawarkan program pemberian sempadan yang bertujuan menggalakkan pekerja mereka menderma kepada badan kebajikan.

“Program ini tidak khusus kepada McDonald's kerana banyak syarikat lain di AS, termasuk sebahagian besar syarikat Fortune 500, mengendalikan program tersebut (dianggarkan lebih 60 peratus syarikat Fortune 500),” katanya.

Beliau berkata, JUF merupakan antara banyak badan di AS yang berhak menerima sumbangan derma di bawah program Pemberian Sempadan itu.

Azmir juga menafikan dakwaan bahawa McDonald's Malaysia menyalurkan sebahagian hasil jualannya di Malaysia kepada McDonald's AS setiap tahun sebaliknya bayaran itu adalah royalti ke atas jenama McDonald's itu sendiri.


Beliau berkata, setiap keuntungan daripada jualan akan digunakan bagi projek pelan masa hadapan McDonald's Malaysia, termasuk menambah cawangan restoran di Malaysia.

"Sebahagian daripada pelan perniagaan 10 tahun kami, kami komited untuk melabur lebih daripada RM1.4 bilion bagi meningkatkan bilangan restoran McDonald's di Malaysia kepada 450 buah menjelang 2025, mewujudkan sekurang-kurangnya 10,000 peluang pekerjaan," ujarnya lagi.



Menurut beliau juga, buat masa ini terdapat 265 restoran McDonalds di Malaysia yang menguruskan lebih daripada 12,000 pekerja, di mana 80 peratus daripada pekerja mereka adalah beragama islam.

Beliau berkata, McDonald's Malaysia juga berhak menuntut ganti rugi daripada pihak yang memboikot, sesuai dengan kerugian dari segi kewangan ke atas syarikat dan kehilangan pekerjaan akibat tindakan boikot tersebut.


Selain itu, Azmir berkata, pihaknya juga telah mendapatkan pandangan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang menyatakan bahawa seruan ‘wajib boikot' hanya sah jika diperintahkan oleh umara'/pemerintah negara.

“Dalam konteks ini, pemimpin negara dan mana-mana pihak berkuasa Islam dalam Malaysia tidak pernah mengeluarkan apa-apa perintah memboikot McDonald's Malaysia,"katanya.
Justeru itu katanya, sebarang seruan mewajibkan boikot ke atas McDonald's adalah salah daripada perspektif Islam.

Beliau berkata, pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut menyarankan supaya individu atau pertubuhan bukan kerajaan yang telah memboikot dan/atau membuat tuduhan palsu supaya mengeluarkan kenyataan terbuka menarik balik kesemua tuduhan ke atas McDonald's Malaysia.

Sumber: Siakapkeli


Thus Article Nafi Salur Dana Kepada Jewish United Fund, McDonald's Malaysia Tampil Buat Laporan Polis.

Itulah artikel Nafi Salur Dana Kepada Jewish United Fund, McDonald's Malaysia Tampil Buat Laporan Polis. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Nafi Salur Dana Kepada Jewish United Fund, McDonald's Malaysia Tampil Buat Laporan Polis. dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/12/nafi-salur-dana-kepada-jewish-united.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Nafi Salur Dana Kepada Jewish United Fund, McDonald's Malaysia Tampil Buat Laporan Polis."

Catat Ulasan

Loading...