Loading...

'Kami Tidak Mahu Pertempuran Di Marawi Merebak Ke Iligan' - Penduduk Marawi

Loading...
'Kami Tidak Mahu Pertempuran Di Marawi Merebak Ke Iligan' - Penduduk Marawi - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 'Kami Tidak Mahu Pertempuran Di Marawi Merebak Ke Iligan' - Penduduk Marawi, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 'Kami Tidak Mahu Pertempuran Di Marawi Merebak Ke Iligan' - Penduduk Marawi
link : 'Kami Tidak Mahu Pertempuran Di Marawi Merebak Ke Iligan' - Penduduk Marawi

Baca juga


'Kami Tidak Mahu Pertempuran Di Marawi Merebak Ke Iligan' - Penduduk Marawi


MANILA: Perintah berkurung dilaksanakan di Iligan susulan kebimbangan pemberontak Maute turut menyelinap masuk bersama penduduk Marawi yang melarikan diri pada hari ketujuh pertempuran di situ.

Pertempuran di Marawi - 38 kilometer dari Iligan - dengan kumpulan Maute adalah cabaran terbesar Presiden Rodrigo Duterte sepanjang 11 bulan pemerintahannya, apabila kumpulan itu masih mengawal sebahagian bandar serta berjaya menangkis serangan udara helikopter dan komando di darat.

Sebahagian 200,000 penduduk Marawi sudah meninggalkan bandar itu, kebanyakannya ke Iligan seterusnya mencetuskan kebimbangan pihak berkuasa bahawa pemberontak menyorok dalam kalangan orang awam untuk melaksanakan serangan baru.

“Kami tidak mahu pertempuran di Marawi merebak ke Iligan.

“Kami akan memastikan keselamatan penduduk di sini dengan menghalang militan masuk melaksanakan aktiviti keganasan,” kata ketua Batalion Infantri Mekanikal Keempat, Kolonel Alex Aduca kepada radio DZMM.

Menurutnya, beberapa pemberontak ditangkap ketika cuba masuk ke Iligan.

Sementara itu, jurucakap tentera Filipina Restituto Padilla semalam berkata operasi di Marawi semakin berjaya merampas semula kawasan dipegang kumpulan itu.

“Komander kami di darat berkata ia akan ditamatkan tidak lama lagi. Buat masa ini kami berusaha mengasingkan pemberontak,” katanya.

Seramai 61 militan, 20 anggota keselamatan dan 19 orang awam maut sejak Selasa lalu, apabila pemberontak Maute mencetuskan pertempuran di Marawi selepas kegagalan tentera Filipina menangkap Isnilon Hapilon yang dikaitkan dengan Daish.

Kemampuan Maute bertahan melawan tentera kerajaan selama tujuh hari lalu menambahkan kebimbangan ideologi radikal Daish tersebar di selatan Filipina dan menjadi pusat perlindungan militan termasuk dari Indonesia serta Malaysia.

Tentera percaya Maute melaksanakan serangan sebelum Ramadan untuk menarik perhatian Daish dan diiktiraf sebagai sekutunya di Asia Tenggara.

Sementara itu, saksi di Marawi mendakwa melihat militan mengibarkan bendera Daish dan memakai pakaian berwarna hitam bersama balutan kain dikepala yang biasa dipakai anggota kumpulan berkenaan.-Reuters


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qtYg8s

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article 'Kami Tidak Mahu Pertempuran Di Marawi Merebak Ke Iligan' - Penduduk Marawi

Itulah artikel 'Kami Tidak Mahu Pertempuran Di Marawi Merebak Ke Iligan' - Penduduk Marawi Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 'Kami Tidak Mahu Pertempuran Di Marawi Merebak Ke Iligan' - Penduduk Marawi dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/kami-tidak-mahu-pertempuran-di-marawi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "'Kami Tidak Mahu Pertempuran Di Marawi Merebak Ke Iligan' - Penduduk Marawi"

Catat Ulasan

Loading...