Loading...

Pahang yakin mampu gegarkan Lang Merah

Loading...
Pahang yakin mampu gegarkan Lang Merah - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pahang yakin mampu gegarkan Lang Merah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pahang yakin mampu gegarkan Lang Merah
link : Pahang yakin mampu gegarkan Lang Merah

Baca juga


Pahang yakin mampu gegarkan Lang Merah




SYAMIM YAHYA (kanan) dan Kiko (kiri) antara menjadi watak penting
SYAMIM YAHYA (kanan) dan Kiko (kiri) antara menjadi watak penting di bahagian jentera tengah Pahang untuk mengekang asakan Kedah dalam final Piala FA di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Zamzurina Ahmad

17 Mei 2017 3:00 AM

KUANTAN 16 Mei - Skuad Tok Gajah yakin gandingan mantap pemain seperti Syamim Yahya dan Francisco Insa Bohigues atau Kiko dari Sepanyol yang bermain di bahagian tengah mampu menggegarkan pasukan Lang Merah pada pentas akhir Piala FA di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Ketua pasukan Pahang, Matthew Davies berkata, meskipun pasukan Kedah dilihat mempunyai kelebihan di bahagian tengah seperti dakwaan sesetengah pihak, namun ia bukan halangan untuk pemain kendalian Dollah Salleh itu meraih kejuaraan.

“Pada masa kini Syamim dan Kiko kekal bermain posisi tengah, namun semua pemain dilihat cukup berbakat dan dapat beraksi dengan cemerlang.

“Berdasarkan permainan menentang Negeri Sembilan baru-baru ini, kita lihat rentak pemain cukup baik dan mempunyai keyakinan yang tinggi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Davies ketika ditanya adakah akan mempertaruhkan pemain baharu dari Argentina, Romero, berkata, pihak pengurusan masih belum memutuskannya tetapi menyifatkan semua pemain berada dalam keadaan bersedia dan layak beraksi.

“Strategi telah diatur namun masih terlalu awal untuk saya dedahkan,” jelasnya.

Sementara itu, Syamim mengakui kekuatan luar biasa jentera tengah pasukan Kedah, sekaligus memberi tekanan buat Pahang.

“Bagi saya Kedah pasukan terbaik dalam saingan Liga Malaysia musim ini dan jentera tengah mereka begitu mantap terutama dibantu dua pemain import iaitu Liridon Krasniqi dan Sandro da Silva.

“Bagaimanapun, kami tidak gentar untuk mengekang dan mempamer prestasi terbaik kerana aksi final memerlukan komitmen serta disiplin tinggi untuk bergelar juara,” ujarnya.
SUMBER-UTUSAN MALAYSIA ONLINE 17 MEI 2017



Thus Article Pahang yakin mampu gegarkan Lang Merah

Itulah artikel Pahang yakin mampu gegarkan Lang Merah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pahang yakin mampu gegarkan Lang Merah dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/pahang-yakin-mampu-gegarkan-lang-merah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pahang yakin mampu gegarkan Lang Merah"

Catat Ulasan

Loading...