Tiada Kuali Khas Untuk Takoyaki, Tiada Masalah, Guna Acuan Kuih Cara Pun Boleh, Sama Sahaja Caranya, Ini Resepi Buat Takoyaki - kawan-kawan Hallo
JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tiada Kuali Khas Untuk Takoyaki, Tiada Masalah, Guna Acuan Kuih Cara Pun Boleh, Sama Sahaja Caranya, Ini Resepi Buat Takoyaki, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting
Artikel Berita,
Artikel ekonomi,
Artikel kesihatan,
Artikel maklumat umum,
Artikel politik,
Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.
Tajuk :
Tiada Kuali Khas Untuk Takoyaki, Tiada Masalah, Guna Acuan Kuih Cara Pun Boleh, Sama Sahaja Caranya, Ini Resepi Buat Takoyakilink :
Tiada Kuali Khas Untuk Takoyaki, Tiada Masalah, Guna Acuan Kuih Cara Pun Boleh, Sama Sahaja Caranya, Ini Resepi Buat Takoyaki
Tiada Kuali Khas Untuk Takoyaki, Tiada Masalah, Guna Acuan Kuih Cara Pun Boleh, Sama Sahaja Caranya, Ini Resepi Buat Takoyaki
Bila bercakap bab makanan, memang laju sahaja kita berborak, tapi, ada juga masanya nak buat keputusan makan dekat mana pun berjam lamanya. Kesudahnya, makan tempat yang sama juga akhirnya.
Kalau ada makanan yang unik, kita pasti tidak lepas untuk mencubanya. Lagi-lagi bila tidak kesampaian lagi untuk ke destinasi asal makanan tersebut, seperti takoyaki, yang berada di Jepun.
Kini, banyak sudah gerai tepi jalan, atau dekat ‘shopping mall’ yang menjual takoyaki. Jalan-jalan sambal makan takoyaki, memang sedap, dah tu, ada banyak jenis pula tu.
Buat mereka yang selalu beli sahaja, lepas ini boleh cuba buat sendiri, kerana menerusi perkongsian dari seorang gadis ini, iaitu saudari Aini Rosli, anda boleh sahaja buat di rumah, kalau tidak ada ‘pan’ takoyaki, boleh sahaja guna acuan kuih cara. Cuma resepi yang dikongsikan ini, menggunakan 'pan' takoyaki.
Jom kita tengok macam mana nak buatnya.
Beginilah kejadiannya yang dah siap. Makan panas-panas mak mertua lalu pun tak perasan
Langkah Demi Langkah Cara Buat Takoyaki
Masak apa tengahari ni kawan-kawan? Sis masak takoyaki je.. he2. Takdelah ni cerita minggu lepas. Buat untuk makan malam. Sebab ada kawan-kawan yang tanya macam mana cara buat takoyaki dan minta ajar. Jadi saya ambil gambar setiap proses dan buat resepi bergambar ni.
1. Resepi Bancuhan Tepung Takoyaki
1 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung jagung
2 biji telur
2 cawan air (guna cawan yang sama sukat tepung gandum)
1 sudu teh serbuk dashi (boleh ganti dengan serbuk pati ikan bilis juga)
1/2 sudu teh garam
Dashi powder atau nama lain dia miso seasoning atau bonito powder. Dekat aeon dan jusco ada jual
Blendkan aje semua bahan diatas ni kalau malas nak kacau guna whisk
2. Kejadiannya begini ya kawan-kawan. Memang cair macam air susu. Jangan pergi tambah tepung pulak. Pindahkan ke dalam jug kecil supaya senang kita nak tuang dalam takoyaki pan nanti
3. Bahan-bahan inti takoyaki
Sotong (boleh ganti dengan sosej/ayam/crabstick/udang/tuna, ikut suka hangpalah,nak buat versi vegeterian taknak letak lauk pun boleh)
Kobis cincang
daun bawang cincang
minyak untuk sapu di takoyaki pan
4. Nak senang cincang belilah food mixer ni. Saya beli di mr. Diy. Promosi hari tu pwp Rm13 je. Jenama tupperware ada, giacomo pun ada. Tapi mahal sikitlah
5. Sotong tu kalau nak sedap gaul dengan sos tiram, garam, gula, serbuk lada/paprika. Pastu goreng sekejap. Kalau malas rebus kosong gitu je pun sedap
6. Inilah rupa takoyaki pan atau kuali takoyaki tuan,puan. Saya beli di lazada. Pilih yang murah sekali. Rm52. Kalau xde bendalah ni boleh jugak guna acuan kuih cara. Sebelum beli takoyaki pan saya pakai acuan kuih cara juga.
7. Mula-mula panaskan takoyaki pan, kemudian sapu minyak gunakan berus silikon (boleh beli di mr diy).
8. Tuangkan bancuhan tepung tadi sampai penuh
9. Letakla inti tadi kat setiap lubang. Sotong, kobis, dengan daun bawang. Yang nampak sepah-sepah sampai kat luar tu takpe sebab kita akan tarik guna lidi lepas ni.
10. Lepas dah keras permukaan bawah takoyaki ni tolak guna lidi biar jadi serong macam dalam gambar. Kena tunggu keras dulu baru tolak. Kalau tak nanti hancur takoyaki
11. Isi bancuhan tepung kat setiap lubang biar melimpah-limpah pun takpe.
12. Last sekali tolak dengan lidi dan terbalikkan setiap takoyaki. Part ni mencabar sikit. Kalau tak faham boleh tengok video cara golekkan takoyaki di youtube. Bila dah bulat cantik, golek-golekkan takoyaki guna lidi sampailah jadi warna keperangan.
Nota: Kalau takoyaki berlubang boleh tambah bancuhan tepung tadi sikit untuk tutup lubang tu
13. Siap. Letak dalam pinggan. Susun elok-elok
14. Paipkan mayonis. Kalau rajin buat sos okonomiyaki boleh letak sekali. Resepi sos okonimyaki homemade ada di komen. Saya lagi suka makan dengan mayonis je
15. Tabur bonito flakes/katsuobushi. Dalam bahasa melayunya kepingan ikan tuna. Boleh beli di aeon. Takde benda ni tak jadi takoyaki..he2.

Bonito flakes
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qAKQG1
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Tiada Kuali Khas Untuk Takoyaki, Tiada Masalah, Guna Acuan Kuih Cara Pun Boleh, Sama Sahaja Caranya, Ini Resepi Buat Takoyaki
Itulah artikel Tiada Kuali Khas Untuk Takoyaki, Tiada Masalah, Guna Acuan Kuih Cara Pun Boleh, Sama Sahaja Caranya, Ini Resepi Buat Takoyaki Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Tiada Kuali Khas Untuk Takoyaki, Tiada Masalah, Guna Acuan Kuih Cara Pun Boleh, Sama Sahaja Caranya, Ini Resepi Buat Takoyaki dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/tiada-kuali-khas-untuk-takoyaki-tiada.html
0 Response to "Tiada Kuali Khas Untuk Takoyaki, Tiada Masalah, Guna Acuan Kuih Cara Pun Boleh, Sama Sahaja Caranya, Ini Resepi Buat Takoyaki"
Catat Ulasan