Tajuk : Adik Julia Perez Dedah Kejadian Aneh Ketika Tidur Di Bilik Peninggalannya
link : Adik Julia Perez Dedah Kejadian Aneh Ketika Tidur Di Bilik Peninggalannya
Adik Julia Perez Dedah Kejadian Aneh Ketika Tidur Di Bilik Peninggalannya
Pemergiaan selebriti dari Indonesia, Julia Perez baru-baru ini masih lagi dirasai dengan begitu mendalam terutama di kalangan ahli keluarganya.
Kesedihan tersebut diceritakan oleh adiknya yang bernama Della Wulan Astreani. Katanya dia terlalu merindukan kakaknya itu sehingga mengambil keputusan untuk tidur di bilik Julia atau mesranya disapa Jupe.
Namun demikian, Della mendedahkan dia mengalami beberapa kejadian yang boleh dipanggil aneh ketika tidur di bilik peninggalan Jupe.
Seram pula bila mendengarkannya, bukan? Namun, tunggu dulu, sila baca selanjutnya perkongsian adik kepada Jupe ini.
“Ketika tidur di kamarnya, saya turut memakai baju tidur kakak saya. Kejadian aneh yang saya alami itu dirasakan ketika saya sedang tidur.
“Papa saya memberitahu, seolah-olah ada seseorang yang memeluk saya ketika saya sedang tidur. Saya cakap, tak mungkinlah kerana sekarang kan bulan Ramadan. Namun, papa saya berkata, orang yang baru meninggal itu rohnya masih ada di sini,” kata Della kepada Liputan6.
Yang mengejutkan, ibunya juga bersetuju memang ‘roh’ Jupe yang memeluknya ketika tidur. Apatah lagi Della dan kakaknya Jupe begitu akrab ketika hayatnya.
“Mama saya bilang, mungkin kakak berasa rindu. Memang dahulu saya sering tidur di biliknya sewaktu Jupe sakit. Malah, anak-anak saya juga sayang rapat dengannya,” ujarnya lagi dengan sedih. – Sumber: Liputan6
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sYmkR3
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Adik Julia Perez Dedah Kejadian Aneh Ketika Tidur Di Bilik Peninggalannya
Anda sedang baca artikel Adik Julia Perez Dedah Kejadian Aneh Ketika Tidur Di Bilik Peninggalannya dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/adik-julia-perez-dedah-kejadian-aneh.html
0 Response to "Adik Julia Perez Dedah Kejadian Aneh Ketika Tidur Di Bilik Peninggalannya"
Catat Ulasan