Loading...
Tajuk : Israel boleh tumpaskan Hizbullah dalam 3 hari
link : Israel boleh tumpaskan Hizbullah dalam 3 hari
Israel boleh tumpaskan Hizbullah dalam 3 hari
TEL AVIV: Israel akan menggunakan segala kekuatan sedari awal dalam sebarang perang dengan pergerakan Hizbullah yang berpangkalan di Lubnan, kata panglima tentera udara Israel semalam.
Kenyataan itu dilihat sebagai amaran keras rejim Zionis itu, sedekad selepas konflik terakhir kedua-dua pihak.
Pada sidang kemuncak keselamatan tahunan Herzliya berhampiran Tel Aviv, Mejar Jeneral Amir Eshel, berkata pembaikan kualiti dan kuantiti dalam tentera udara sejak perang Lubnan pada 2006 bermakna kempen pengeboman selama 34 hari dalam perang terdahulu kini boleh dilakukan dalam masa dua atau tiga hari sahaja.
"Jika perang tercetus di utara, kami perlu menggunakan semua kekuatan sejak awal," katanya, merujuk kepada kemungkinan tekanan antarabangsa yang mendesak gencatan senjata segera sebelum Israel boleh mencapai semua matlamat strategik.
Ahli politik Israel dan pegawai tentera bercakap mengenai hasrat menyerang Lubnan jika perang meletus, dalam usaha menghalang Hizbullah.
Eshel berkata, 2014 adalah satu lagi konflik yang menyaksikan Israel menyerang 15 kali lebih dahsyat bagi Lubnan berbanding 2006.
Namun pada persidangan itu, Eshel mengaku banyak elemen yang sibuk mencapai matlamat mereka dalam perang di Syria berminat untuk menghalang sengketa baru di Lubnan.
Sejak awal dalam perang selama enam tahun di Syria, tenaga Hizbullah ditumpukan kepada membantu Presiden Bashar al-Assad, menghantar ribuan anggotanya untuk memerangi pembangkang di negara itu.
Namun ia tidak mengubah pendirian melihat Israel sebagai musuh utama. - Reuters
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tvp2Lg
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Israel boleh tumpaskan Hizbullah dalam 3 hari
Itulah artikel Israel boleh tumpaskan Hizbullah dalam 3 hari Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Israel boleh tumpaskan Hizbullah dalam 3 hari dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/israel-boleh-tumpaskan-hizbullah-dalam.html
0 Response to "Israel boleh tumpaskan Hizbullah dalam 3 hari"
Catat Ulasan