Loading...

Guan Eng belum mohon maaf, SPRM pertimbang tindakan

Loading...
Guan Eng belum mohon maaf, SPRM pertimbang tindakan - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Guan Eng belum mohon maaf, SPRM pertimbang tindakan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Guan Eng belum mohon maaf, SPRM pertimbang tindakan
link : Guan Eng belum mohon maaf, SPRM pertimbang tindakan

Baca juga


Guan Eng belum mohon maaf, SPRM pertimbang tindakan

 
Ketua menteri Pulau Pinang berdepan tindakan sivil atau jenayah sekiranya tidak menarik balik kenyataan mengenai penahanan exco, kata SPRM.


Dzulkifli-Ahmad-lim-guan-eng2


JELEBU: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berdepan tindakan sivil atau jenayah sekiranya beliau tidak memohon maaf secara terbuka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam tempoh yang ditetapkan.

Ini berikutan kenyataannya yang menyifatkan tindakan menahan Exco Phee Boon Poh sebagai “penahanan haram”, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzuklifli Ahmad.

Beliau berkata setakat ini, SPRM masih belum menerima sebarang permohonan maaf daripada Guan Eng.

“Sebagaimana saya kata sebelum ini, kita minta Guan Eng tarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf secara terbuka dalam tempoh yang kita tetapkan.

“Jika tiada (permohonan maaf secara terbuka), baru kita tengok apa tindakan yang patut diambil sama ada bersifat sivil atau jenayah,” katanya kepada pemberita selepas Program Ziarah Kasih SPRM siri 3 di Sekolah Menengah Triang Hilir, Simpang Durian di sini, hari ini.

SPRM, dalam kenyataannya semalam, meminta Guan Eng membuat permohonan maaf itu secara terbuka tanpa syarat kepada SPRM dalam tempoh 48 jam daripada kenyataan itu dikeluarkan atau tindakan undang-undang akan diambil terhadapnya.

SPRM berkata kenyataan Guan Eng yang menyifatkan penahanan Boon Poh sebagai “penahanan haram” adalah kenyataan berunsur fitnah yang bertujuan memburuk-burukkan nama baik serta mencemarkan dan menjejaskan reputasi SPRM



Thus Article Guan Eng belum mohon maaf, SPRM pertimbang tindakan

Itulah artikel Guan Eng belum mohon maaf, SPRM pertimbang tindakan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Guan Eng belum mohon maaf, SPRM pertimbang tindakan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/08/guan-eng-belum-mohon-maaf-sprm.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Guan Eng belum mohon maaf, SPRM pertimbang tindakan"

Catat Ulasan

Loading...