Loading...

Langgar Lari, Polis Cari Pemandu Honda CR-V

Loading...
Langgar Lari, Polis Cari Pemandu Honda CR-V - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Langgar Lari, Polis Cari Pemandu Honda CR-V, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Langgar Lari, Polis Cari Pemandu Honda CR-V
link : Langgar Lari, Polis Cari Pemandu Honda CR-V

Baca juga


Langgar Lari, Polis Cari Pemandu Honda CR-V


PETALING JAYA: Polis Daerah Petaling Jaya sedang mengesan pemandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda CR-V bagi membantu siasatan kes kemalangan membabitkan seorang penunggang motosikal di Lebuhraya SPRINT, semalam.

Dalam kejadian itu, penunggang motosikal terbabit yang berusia 24 tahun dipercayai bergesel dengan SUV terbabit dan cedera yang mana ia dirakam oleh pemandu lain dan viral di media sosial.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata polis juga sudah memperoleh nombor pendaftaran SUV terbabit.

Katanya, setakat ini hanya penunggang motosikal, iaitu seorang lelaki berusia 24 tahun tampil membuat laporan malam semalam.

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 1.16 petang ketika mangsa yang bekerja di Atria Soho dalam perjalanan pulang ke rumah di Setia Alam melalui lebuh raya berkenaan.

"Ketika kejadian penunggang motosikal itu berada di lorong kiri. Pemandu CR-V yang memandu di lorong kanan tiba-tiba mengubah laluan dan melanggar mangsa menyebabkan dia terjatuh.

"Selepas perlanggaran itu, pemandu SUV terbabit tidak berhenti sebaliknya terus meninggalkan lokasi kemalangan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, penunggang motosikal itu cedera di tapak tangan kanan, luka kecil pada tangan serta siku kiri.

Mohd Zani berkata, setakat ini pemandu SUV itu masih belum tampil membuat laporan dan hasil semakan mendapati kenderaan itu didaftarkan atas nama sebuah syarikat.

Kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan.

Terdahulu, rakaman video kemalangan yang dipercayai diambil dari sebuah kenderaan lain yang turut melalui lebuh raya berkenaan viral di media sosial sejak semalam.

Sumber: BH Online


Thus Article Langgar Lari, Polis Cari Pemandu Honda CR-V

Itulah artikel Langgar Lari, Polis Cari Pemandu Honda CR-V Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Langgar Lari, Polis Cari Pemandu Honda CR-V dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/08/langgar-lari-polis-cari-pemandu-honda.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Langgar Lari, Polis Cari Pemandu Honda CR-V"

Catat Ulasan

Loading...