Loading...
Tajuk : Sharing Is Caring : Konsep Kendiri
link : Sharing Is Caring : Konsep Kendiri
Sharing Is Caring : Konsep Kendiri
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,
Definisi Konsep Kendiri
Oleh : Azizi Yahaya
Siapa saya?
Ke mana saya akan tuju?
Kenapa?
Bila kita menjawab soalan di atas, bermakna kita telah menerangkan tentang ‘Konsep Kendiri’ iaitu: matlamat kita, nilai kita, kekuatan dan kelemahan kita cara hidup kita atau ‘gaya hidup’.
Bagaimana kita dan orang lain melihat kita bergantung bagaimana kita jawab soalan ini (Hamachek. 1971) Menurut Brown (1998), ‘Konsep Kendiri’ ialah ‘Tanggapan kita terhadap diri kita sendiri.’
Apabila kita memulakan pernyataan dengan menggunakan kata ‘saya’ atau ‘aku’, seperti katanya, ‘ Aku ialah seorang yang cantik , peramah, gagah….dsbnya, maka ini telah menerangkan tentang maksud konsep kendiri.
Konsep Kendiri (Pengenalan diri) iaitu tanggapan seseorang terhadap fizikal, psikologikal, dan ciri-ciri sosial; serta sikapnya, kepercayaan dan fikiran.
Konsep Kendiri terdiri daripada imej diri dan Estim kendiri (Ainon Mohd, 2003). Dikenali juga sebagai imej diri. Setiap individu mempunyai imej tentang siapa dirinya.
Imej ini terdiri daripada segala perasaan dan fikirannya terhadap segala bakat, keupayaan, keistimewaan, kekuatan, kelemahan dan kekurangan. Seringkali disamakan juga dengan ‘estim kendiri’. Namun sebenarnya estim kendiri ialah penilaian yang menyeluruh tentang perasaan yang dirasai berkenaan nilai diri sendiri atau mudahnya adalah maruah.
Terdapat tujuh faktor yang mempengaruhi perkembangan personaliti :-
Pertama, faktor kebakaan yang berhubung kait dengan kecerdasan dan bentuk tubuh. Pola genetik yang wujud semasa persenyawaan mempengaruhi perkembangan personaliti individu termasuklah faktor yang berhubung dengan bentuk tubuh badan.
Faktor kedua ialah faktor pengalaman awal individu. Setiap individu bertindak secara tersendiri terhadap tekanan sosial yang dihadapinya dan hal ini disokong Freud yang menekankan kepentingan awal iaitu zaman kanak-kanak dalam perkembangan personaliti.
Faktor ketiga ialah latar belakang sekolah. Sekolah merupakan tempat bimbingan dan perbentukan personaliti. Suasana sekolah yang kondusif serta amalan sekolah yang sihat menyumbang kepada perkembangan personaliti yang positif dalam kalangan kanak-kanak.
Faktor keempat ialah pengaruh keluarga. Ibu bapa harus memberi kebebasan kepada kanak-kanak mengikut batas-batas yang sesuai supaya mereka dapat membina keyakinan diri,seterusnya ke arah perkembangan personaliti yang positif.
Faktor kelima ialah peranan media. Maklumat yang disampaikan secara terus kepada kanak-kanak mempengaruhi minda mereka. Jadi, ibu bapa harus menerangkan motif yang betul berkenaan maklumat yang disampaikan.
Faktor keenam ialah pemakanan. Individu digalakkan untuk makan makanan yang berzat serta seimbang dan tidak menjejaskan kesihatan.
Faktor terakhir ialah pengaruh sosio budaya. Pendidikan dan agama yang kukuh memberi kesan kepada sikap dan personaliti individu. Gaya hidup bebas akan memberi pengaruh negatif dan menjejaskan kehidupan individu.
Thus Article Sharing Is Caring : Konsep Kendiri
Itulah artikel Sharing Is Caring : Konsep Kendiri Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Sharing Is Caring : Konsep Kendiri dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2018/02/sharing-is-caring-konsep-kendiri_22.html
0 Response to "Sharing Is Caring : Konsep Kendiri"
Catat Ulasan