Loading...

“Sejak Rizqie Tiada, Inilah Kali Pertama Saya Membuka Mulut Untuk Bercerita Mengenainya” – Azharina

Loading...
“Sejak Rizqie Tiada, Inilah Kali Pertama Saya Membuka Mulut Untuk Bercerita Mengenainya” – Azharina - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk “Sejak Rizqie Tiada, Inilah Kali Pertama Saya Membuka Mulut Untuk Bercerita Mengenainya” – Azharina, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : “Sejak Rizqie Tiada, Inilah Kali Pertama Saya Membuka Mulut Untuk Bercerita Mengenainya” – Azharina
link : “Sejak Rizqie Tiada, Inilah Kali Pertama Saya Membuka Mulut Untuk Bercerita Mengenainya” – Azharina

Baca juga


“Sejak Rizqie Tiada, Inilah Kali Pertama Saya Membuka Mulut Untuk Bercerita Mengenainya” – Azharina

“Sejak Rizqie Tiada, Inilah Kali Pertama Saya Membuka Mulut Untuk Bercerita Mengenainya” – Azharina

Ramadan yang memilukan untuk Azharina. (Gambar: Instagram @azharina_a)

Kedatangan Ramadan kali ini nampaknya mengundang kepiluan buat penyanyi Azharina Azhar apabila masih berduka di atas pemergian anak anak angkat keduanya, Rizqie Azharin Azhar, yang meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit pada bulan Mac lalu.

Sukar untuk penyanyi ini memadam memori bersama bayi yang berusia hampir sebulan itu dan separuh jiwanya seakan terbang bersama Rizqie. Malah tatkala Rojak Daily Kaw! menanyakan soalan itu kepada Azharina atau lebih mesra di sapa Nina, sukar untuk wanita ini membuka mulut dan bercerita akan kehilangan yang sungguh memeritkan itu.

Ketika Allahyarham Rizqie masih bersama.

“Sejak Rizqie tiada, inilah kali pertama saya membuka mulut untuk bercerita mengenainya. Memang sebelum ini saya cuba untuk mengelak daripada membicarakan soal ini kerana saya belum kuat untuk menerima hakikat itu. Terus-terang, sejak Rizqie meninggal, perasaan saya sangat sakit. Ia lebih sakit daripada ditinggalkan.

“Walaupun bukan saya yang melahirkannya, namun tempoh 23 hari saya menjaganya, tidur dalam dakapan saya, naluri sebagai ibu itu cukup kuat dirasa.

“Setiap kali teringat dan kerinduan menjelma, saya akan sedekahkan al-Fatihah untuknya,” kata Nina dalam nada suara bergetar sambil menyeka manik-manik jernih yang mula gugur di pipinya.

Saat memilukan buat seorang ibu.

Paling menyedihkan, kata Azharina, anak sulungnya, Rahmat Azharin Azhar, turut bertanya mengenai adiknya itu.

“Saban hari dia bertanyakan ke mana adiknya pergi. Saya hanya mampu mengatakan, Rizqie kini berada di syurga. Situasi inilah yang membuatkan saya sering berendam air mata,” luahnya.

Meskipun agak sukar untuk penyanyi Elegi Sepi ini menerima suratan takdir, namun bagi memulihkan kembali perasaannya, dia melihat peristiwa sedih itu sebagai sesuatu yang positif.

“Pasti ada sebabnya Allah pinjamkan arwah selama 23 hari kepada kami. Mungkin Allah nak dia ada kehidupan yang lebih teratur. Bagi saya, dia seorang anak yang baik. Tiada cacat cela dan tiada dosa.

“Saya selalu sebut perkataan Azharina Angels sebagai merujuk kepada peminat dan tak sangka Allah kabulkan dengan menghantar malaikat menunggu saya di syurga,” tutur Azharina lagi.

'King' Rahmat selalu teringatkan adiknya.

Bagi mengelakkan dirinya terus hanyut dibawa emosi, penyanyi yang berasal dari Sabah ini berkata dia mempunyai cara tersendiri untuk menangani keadaan itu.

“Biasanya waktu malam memang saya susah untuk tidur sebab asyik teringat padanya. Bagi mengatasi masalah itu, saya dengan dibantu pembantu peribadi dan pembantu rumah akan mengemas rumah, bertukang seperti membina kabinet, pasang kertas dinding, tukar langsir dan tukar sarung sofa.

Keluarga kecil Azharina menyambut Ramadan.

“Lagipun, tak lama lagi kita nak sambut Ramadan dan Hari Raya, jadi rumah kenalah cantik,” cerita penyanyi berusia 32 tahun ini.

Mengenai aktivitinya pada Ramadan pula, juara Gegar Vaganza musim ketiga ini berkata, buat kali pertama dia akan memperlahankan pecutan kerjaya seninya.

“Iyalah, kita ini pun bukannya muda lagi. Kesihatan nak kena jaga juga. Kalau dulu, saya kerap ambil banyak persembahan, Tetapi kali ini, saya nak rehat. Saya hanya akan terbabit dalam beberapa aktiviti amal seperti majlis berbuka puasa dengan anak yatim,” ujarnya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qDx4jA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article “Sejak Rizqie Tiada, Inilah Kali Pertama Saya Membuka Mulut Untuk Bercerita Mengenainya” – Azharina

Itulah artikel “Sejak Rizqie Tiada, Inilah Kali Pertama Saya Membuka Mulut Untuk Bercerita Mengenainya” – Azharina Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel “Sejak Rizqie Tiada, Inilah Kali Pertama Saya Membuka Mulut Untuk Bercerita Mengenainya” – Azharina dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/sejak-rizqie-tiada-inilah-kali-pertama.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "“Sejak Rizqie Tiada, Inilah Kali Pertama Saya Membuka Mulut Untuk Bercerita Mengenainya” – Azharina"

Catat Ulasan

Loading...